HATI ANAK ADAM
DISERUPAKAN DENGAN BUAH-BUAHAN
Hati anak Adam itu diserupakan
dengan buah buahan (pada eloknya dan hodohnya, baiknya dan jahatnya) pada
halnya bapanya satu (dari sumbar yang sama).
Dan diserupakan juga hati itu dengan bumi. Bumi itu tanah yang satu ditangan qudrat
Tuhan Yang Rahman, maka didatarkan-Nya dan jadi sepotong sepotong. Diturunkan
atas muka bumi itu air dari langit maka keluar daripadanya yang ini berbunga
dan yang ini berbuah, dan yang ini berpokok.
Dan tanah ini mengeluarkan tumbuh tumbuhan dan yang ini pula tiada mahu mengeluarkan
tumbuh tumbuhan, bergaram dan hodohnya.
Semuanya itu berdirus dengan air yang satu (hujan), jikalau airnya
sedikit boleh dikatakan sedikit.
Demikianlah juga manusia dijadikan
daripa Adam maka turun atas mereka itu dari langit pengajaran maka
lembut hati satu kaum (yang menjadikan dia merendah diri dan khusyu’) dan ada
yang jadi keras hati satu kaum (disia siakannya pengajaran itu dan tidak
didengarkannya).