Saturday, April 7, 2012

HATI ANAK ADAM DISERUPAKAN DENGAN BUAH-BUAHAN


HATI ANAK ADAM DISERUPAKAN DENGAN BUAH-BUAHAN

Hati anak Adam itu diserupakan dengan buah buahan (pada eloknya dan hodohnya, baiknya dan jahatnya) pada halnya bapanya satu (dari sumbar yang sama).  Dan diserupakan juga hati itu dengan bumi.  Bumi itu tanah yang satu ditangan qudrat Tuhan Yang Rahman, maka didatarkan-Nya dan jadi sepotong sepotong. Diturunkan atas muka bumi itu air dari langit maka keluar daripadanya yang ini berbunga dan yang ini berbuah, dan yang ini berpokok.  Dan tanah ini mengeluarkan tumbuh tumbuhan  dan yang ini pula tiada mahu mengeluarkan tumbuh tumbuhan, bergaram dan hodohnya.  Semuanya itu berdirus dengan air yang satu (hujan), jikalau airnya sedikit boleh dikatakan sedikit.  Demikianlah juga manusia dijadikan  daripa Adam maka turun atas mereka itu dari langit pengajaran maka lembut hati satu kaum (yang menjadikan dia merendah diri dan khusyu’) dan ada yang jadi keras hati satu kaum (disia siakannya pengajaran itu dan tidak didengarkannya).


Mukhtashar Shahih At-Turmuzi  (22/239)

No comments:

Post a Comment